Sunday, May 10, 2009

Buat Ibu - Hajah Maimon Hj Mohd Nordin

Selamat hari Ibu..

Buat ibu tersayang,

Suatu tika aku terlalu menurut kata hati..tak pernah mempedulikan perasaan mu..kesedihan mu..dan ketergurisan hatimu atas setiap tingkah laku dan tindakan ku...
Betapa jahilnya aku waktu itu, hanya mementingkan keegoan diri dan kehendak hati..aku fikir aku boleh hidup tanpa dirimu...
Ternyata..semua itu khayalan semata-mata...kini aku sedari, aku tak pernah boleh hidup tanpa diri mu..sekalipun tanpa bayangmu...suaramu malah aura mu...sentiasa mengiringi kehidupan ku
Kini, dalam setiap langkahku..aku akan kembali kepada mu..masih mengharapkan kata-kata nasihatmu, gelak tawamu dan terpenting tiupan semangat juang mu...

Ibu,
Meskipun amat payah untuk aku meluahkan rasa kasih dan sayang terhadapmu..ketahuilah..sesungguhnya aku amat bertuah mempunyai seorang ibu seperti dirimu...dikaulah sumber inspirasiku...dan srikandi yang sentiasa berjuang untuk menjadikan anak-anak mu yang terbaik...Ibu, dikau tanpa henti memberikan peransang dikala obor semangatku hampir padam dan terus tenggelam..terlalu banyak pengorbanan yang kau lakukan untuk anak-anakmu tanpa mengharapkan balasan..malah tanpa mengungkit dikau menunaikan segala permintaan kami hanya dengan niat dan tekad mu yang ingin melihat kami berjaya dalam hidup..tiada akan ku temui lagi wanita berhati waja seperti mu...sejarah perjalanan hidup mu tidaklah semewah dan sesenang orang lain..tapi Ibu, kau kental bangkit dan mengatasi yang lain...belum mampu aku akan menjadi seperti mu...dan aku akui disaat ini aku masih anak kecil mu yang merangkak dan mengharapkan gapaian tangan mu untuk melangkah kehadapan...meskipun aku bukan seorang anak yang sering mendengar kata mu, sebenarnya didalam hati aku akui..segala teguran dan nasihat mu amat berguna buat ku...

Ibu..
Terima kasih atas segala kasih sayang, perhatian, kebajikan dan azimat yang tanpa henti kau berikan kepada ku...akan ku semat dalam hati untuk menjadi seseorang yang lebih baik disuatu hari nanti...mungkin aku tak mampu membahagiakan mu dengan jutaan ringgit dan kemewahan harta benda tapi aku berjanji akan aku cuba untuk membuat kau tersenyum walaupun sesaat kerana aku dan hanya diri ku...

An..yang selalu mengundang rawan dihati mu...maafkan aku Ibu..

1 comment:

  1. fuyoo,ingat akak terror wat kek je..terror berpuisi juga!!! hehehehe

    ReplyDelete